PENGUMUMAN

Makluman buat semua Guru LINUS Daerah Dungun, berikut dipaparkan maklumat penting untuk rujukan semua pihak...


1.       KPI LINUS KPM bagi Tahun 2011 telah berubah.    
          Tahun 1 : Sasaran KPI Kohort 2011 (Literasi & Numerasi)  
           Saringan 1 :   80%
           Saringan 2 :   90%
           Saringan 3 :   95%

         Tahun 2 : Sasaran KPI Kohort 2010 (Literasi & Numerasi)  :
     Saringan 4 :   90%
     Saringan 5 :   95%
     Saringan 6 :   100%

2.   Instrumen Saringan LINUS  2011 (Saringan 1 bagi Tahun 1 dan Saringan 4 bagi Tahun 2) sudah diperoleh daripada KPM dan telah di hantar melalui email serta boleh di muat turun di laman muat turun 2. CD juga akan dihantar dalam masa yang terdekat....

3.   Saringan LINUS 2011(Literasi & Numerasi) bagi Tahun 1 (Saringan 1) dan Tahun 2 (Saringan 4) mesti dilaksanakan pada ketetapan berikut:
     
          Membaca & Lisan       : 27 Feb – 31 Mac 2011
          Menulis                          :  3 April – 8 April 2011
·         Proses memasukkan data Saringan LINUS Sekolah
     mesti dibuat pada minggu berikutnya, iaitu
                      11 April – 22 April 2011.
·         Pentadbiran instrumen saringan LINUS:
o   Mesti diurus oleh guru LINUS dan (GURU KELAS bagi Tahun 1)
o   Mesti dilaksanakan pada masa waktu P&P Bahasa Melayu dan Matematik sahaja
o   Tidak boleh dilaksanakan seperti suasana ujian atau peperiksaan
o   Menggunakan instrumen yang disediakan oleh pihak KPM sahaja
o   Dijalankan dalam 4 sesi:
§  Sesi 1: konstruk 1 hingga konstruk 3
§  Sesi 2: konstruk 4 hingga konstruk 6
§  Sesi 3: konstruk 7 hingga konstruk 9
§  Sesi 4: konstruk 10 hingga konstruk 12
o   Semua konstruk mesti dijawab oleh murid LINUS dan LINUS Tegar

4.   Pihak Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan  Jabatan Pelajaran Terengganu agar mengenalpasti dan menyenaraikan nama sekolah (berserta nama Guru LINUS ,Guru Pemulihan dan Guru Besar) yang mendapat pencapaian Program LINUS kurang daripada 70% ( pada Saringan 3,  tahun 2010) di daerah masing-masing. Bagi sekolah yang tersenarai, guru LINUS ,guru Pemulihan dan Guru Besar yang berkaitan diwajibkan menghadiri Kursus pemantapan pedagogi yang akan dikendalikan oleh pihak BPG sendiri.

Harap Maklum...
Ehsan Linus PPD Ranau...terima kasih tuan