LATAR BELAKANG

Program LINUS
PENDAHULUAN

* National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
* Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
* Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
* Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
* Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
* Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
* Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL

Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”

DEFINISI KONSEP

Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Status

Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu

Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.

Penentuan Murid

Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
i. Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
ii. Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
iii.Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
iv.Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
v. Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
vi. Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih

Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober

Guru LINUS

Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

Kemudahan

Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P

Penyeliaan dan Pemantauan

Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
Pelaporan dibuat setiap 3 bulan

KANDUNGAN PROGRAM

Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan

Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORAN

Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


PENUTUP

Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’s