Apakah Proses Saringan ?

KAEDAH PELAKSANAAN SARINGAN NUMERASI (LISAN)

  1. Instrumen ini hendaklah ditadbir mengikut jadual yang ditetapkan
  2. Semua murid Tahap satu mesti menduduki saringan ini.
  3. Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah
  4. Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)
  5. Ditadbir mengikut urutan item / konstruk
  6. Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid
  7. Guru linus disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan
  8. Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid
  9. Guru LINUS perlu membantu murid memahami tugasan item  / konstruk
  10. Murid disaring secara telus dan jujur
  11. Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi
  12. Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI MEMBACA 

1.  Instrumen literasi membaca mengandungi 12 konstruk.
2.  Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa
     waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3.  Instrumen ini ditadbir secara individu atau kumpulan kecil tidak
     melebihi tiga orang murid serta mengikut kesediaan murid.
4.  Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
5.  Setelah kesemua konstruk ditaksir, pentaksir boleh mengulang 
     mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
6.  Murid boleh memberi respons secaramengeja atau membaca terus
7.  Dicadangkan murid duduk bersebelahan pentaksir ketika
     pentaksiran dilaksanakan.
8.  Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan
     jujur.
9.  Kesemua konstruk hendaklah ditaksir dalam jangka masa yang
     telah ditetapkan.
10.Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam
     Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang baharu.
11.Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas
     dan tahun.
12.Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap
     konstruk pada ru ang yang disediakan.
13.BPPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail
     peribadi murid untuk tujuan rujukan.
14.Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan
     bersama-sama murid.


PROSES SARINGAN

  Semua instrumen Saringan LINUS dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid.

 Proses saringan dilaksanakan secara standard dijalankan secara serentak terhadap semua murid
dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.

 Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saringan MESTI dilaksanakan oleh guru

Pentadbiran Instrumen:
Membaca/ Lisan
1. Berasaskan konsep pentaksiran berasaskan sekolah:
Semua murid diberikan peluang untuk ditaksir
Peluang lebih daripada sekali
Ruang untuk dipulihkan 
2. Pentadbiran dijalankan secara:
Individu
Kumpulan kecil (tidak lebih daripada tiga orang murid)
3. Semua 12 konstruk ditaksir kepada murid bukan setakat konstruk 8 (Literasi) dan  10 (Numerasi)
4. Ditadbir semasa pengajaran-pembelajaran             
       subjek berkenaan.
5. Tidak diselesaikan dalam sehari.
6. Membaca tidak memerlukan pengetahuan
             tentang makna.
7.Boleh diperingkatkan proses saringan.
8. Murid mesti dimaklumkan masa saringan.
9.Tidak ada elemen paksaan kepada murid yang lambat untuk menyelesaikan tugasan
10  Berikan penghargaan kepada murid

Pentadbiran Instrumen:
Menulis/ Bertulis
1.       Ditadbir :
1.  di dalam kelas waktu pengajaran
2.  dijalankan oleh guru yang mengajar
3.  tidak dijalankan secara rasmi (bukan kaedah peperiksaan)
4.  instrumen yang disediakan oleh KPM
5.  boleh ditadbir empat sesi;
Sesi 1 – konstruk 1 – 3 (30 minit)
Sesi 2 – konstruk 4 – 6 (30 minit)
Sesi 3 – konstruk 7 – 9 (30 minit)
Sesi 4 – konstruk 10 – 12 (30 minit)
semua konstruk mesti dijawab

PELAPORAN

Dilaporkan penguasaan murid-murid bagi setiap konstruk menggunakan Borang Pelaporan  Penguasaan Individu (BPPI) selepas tamat saringan dijalankan. Kesilapan selalunya berlaku semasa saringan membaca dijalankan apabila murid hanya diberikan sekali sahaja peluang dan guru melaporkan penguasaan mereka sebagai tidak menguasai.
   Kesilapan melaporkan penguasaan murid menyebabkan data penguasaan bagi Literasi dan Numerasi akan memberikan impak yang ketara seterusnya menggambarkan prestasi NKRA Pendidikan

PENENTUAN PENGUASAAN

  1. Mesti menguasai konstruk membaca dan menulis
  2. Akan berlaku ketidakstabilan penguasaan antara konstruk membaca dan menulis. Penentuan perlu akur  akan maklumat dan arahan.
Pastikan murid yang benar-benar  menguasai bukan berhasrat  melapor peratus penguasaan