Tuesday, February 13, 2018

Majlis Pembugaran Program LINUS 2.0 Kepada Guru Besar

Pada tanggal 13 Februari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Bidara PPD Dungun, telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Pembugaran Program LINUS 2.0 Kepada Guru-guru Besar Daerah Dungun. Sesuai dengan tajuknya, objektif program ini adalah untuk memberi penerangan mengenai maklumat-maklumat terbaru berkaitan program LINUS. Majlis ini telah diserikan lagi dengan ucapan dan amanat daripada Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Haji Abdul Muie bin Ngah. Di dalam ucapannya, beliau telah menegaskan akan kepentingan program LINUS ini di sekolah dalam membentuk asas pendidikan kanak-kanak terutamanya kemahiran membaca dan mengira. Majlis diteruskan selepas itu dengan taklimat daripada En.Mohd Hilmi bin Mohd Zin selaku Ketua FasiLINUS PPD Dungun. Taklimat yang diberikan adalah mengenai pencapaian LINUS daerah Dungun pada tahun 2017, perkembangan terkini program dan gerak kerja LINUS bagi tahun 2018. Turut memeriahkan majlis adalah penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan peningkatan pencapaian LINUS pada 2017 yang disampaikan oleh Tuan PPD.





No comments:

Post a Comment