Wednesday, January 31, 2018

Taklimat Program LINUS 2.0 2018

Bertempat di Bilik Mesyuarat Bidara, PPD Dungun pada 31 Januari 2018, telah berlangsung satu taklimat program LINUS. Taklimat Program LINUS 2.0 2018 telah melibatkan kesemua guru-guru penyelaras LINUS daerah Dungun dan pegawai-pegawai FasiLINUS. Objektif taklimat ini adalah sebagai satu wadah bagi menyalurkan maklumat perkembangan terkini program LINUS, kejayaaan-kejayaan yang telah dicapai bagi tahun 2017 serta sebagai platform dalam mengatur gerak kerja LINUS daerah bagi tahun 2018. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua guru-guru penyelaras LINUS daerah Dungun yang telah hadir





Tuesday, January 23, 2018

Taklimat Pengoperasian Saringan 2 LINUS 2.0 Tahun 2017

Pada tanggal 18-19 September 2017 bertempat di UiTM Dungun satu program taklimat telah dijalankan oleh pegawai-pegawai FasiLINUS PPD Dungun. Taklimat Pengoperasian Saringan 2 LINUS 2.0 Tahun 2017 ini telah dijalankan di dua tempat iaitu Dewan Kuliah Cemara dan Dewan Kuliah Anggerik serta telah dihadiri oleh seramai 333 orang guru. Guru-guru yang terlibat adalah semua  guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1 di mana mereka ini akan mengendalikan Saringan 2 LINUS bagi tahun 2017. Kesemua guru yang mengajar LINUS ini dijemput hadir agar dapat memahami lebih mendalam aspek-aspek berkaitan pengoperasian saringan. Diharapkan agar dengan pendedahan bersifat "first hand experience" ini guru-guru akan lebih yakin dalam melaksanakan saringan LINUS di kelas masing-masing.