Wednesday, March 22, 2017

Program Masih Ada Yang Sayang (Kem LINUS)

Pada tarikh 14 - 16 Mac 2017 bertempat di Bilik Chemerung PPD Dungun, satu program berbentuk kem telah dijalankan. Program yang diberi nama 'Masih Ada Yang Sayang' ini telah dilaksanakan oleh guru-guru fasilitator yang telah dikenalpasti kepakarannya seramai 14 orang dengan kerjasama Pegawai FasiLINUS PPD Dungun. Kem ini dijalankan selama tiga hari (satu subjek satu hari) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang setiap hari. Murid-murid yang terlibat dengan program ini telah dipilih oleh FasiLINUS berdasarkan keputusan saringan yang lalu. Kriteria utama pemilihan murid adalah mereka yang sudah melepasi K1-K2 tetapi belum mampu menguasai K3-K12. Antara pengisian yang dijalankan adalah aktiviti pembelajaran melalui konsep didik hibur berfokuskan kepada konstruk dan pemeringkatannya. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru yang telah sudi membantu dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan murid-murid yang telah sudi hadir ke program ini. 

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Rehat Sebentar ya :-)

 Aktiviti Kumpulan NUM

 Aktiviti Kumpulan NUM

 Aktiviti Kumpulan NUM

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

Aktiviti Kumpulan LBI

Sunday, March 12, 2017

Bengkel Penyelarasan dan Penyediaan Bahan Kem LINUS 2017

Pada 12-13 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Chemerung PPD Dungun, satu bengkel telah diadakan yang melibatkan 11 orang guru dan FasiLINUS. Bengkel ini bertindak sebagai pusat penyelarasan dan penyediaan bahan bagi kegunaan Kem LINUS yang dijadual akan diadakan pada 14-16 Mac 2017. Antara aktiviti utama yang diadakan ialah penyediaan bahan bantu mengajar yang disediakan khas bagi membantu murid-murid yang belum dapat menguasai Konstruk 3 hingga Konstruk 12 bagi setiap cabang LINUS iaitu LBM, LBI dan NUM. Sekalung terima kasih diucapkan kepada 11 orang guru terbabit yang telah sudi hadir ke bengkel ini.





Taklimat Saringan 1 2017 kepada Guru-guru Penyelaras LINUS Daerah Dungun

Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun pada tanggal 2 Mac 2017, satu taklimat telah diadakan kepada para guru Penyelaras LINUS sekolah-sekolah daerah Dungun. Taklimat ini telah diadakan sebelum Saringan 1 2017 bermula dan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para warga pendidik yang terlibat dengan pengoperasian LINUS. Garis panduan terbaru seperti yang tercatat pada manual saringan telah diberikan perhatian oleh FasiLINUS  dalam memastikan agar saringan kali ini akan berjalan dengan lancar dan  mematuhi SOP. Terima kasih diucapkan kepada para guru penyelaras yang sudi hadir ke program ini.