Sunday, July 31, 2016

PROGRAM OUTREACH 2016

Tarikh 26 dan 27 Julai 2016 merupakan tarikh yang bermakna bagi Unit Linus Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Program Outreach  Negeri Terengganu Peringkat Zon Kemaman dan Zon Dungun.Seramai 39 orang calon dari PPD Dungun dan 8 orang murid dari PPD Kemaman telah menyertai program tersebut.Seramai 29 calon dari daerah Dungun telah memperolihi status MBK dan 2 orang dari daerah Kemaman.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan usaha menjayakan Program Outreach. Terima kasih kepada Pusat Kesihatan Daerah  Dungun, Guru Penyelaras Linus Dungun, Guru Pemulihan Linus, Pegawai KPM, Pegawai JPNT, En Noh, En Azman dan En Wan Ridzuan  serta individu yang terlibat dalam menjayakan Program Outreach Peringkat Daerah Dungun.



Saturday, July 23, 2016

AKTIVITI PELANCARAN LINUS2.0 T-CARE SEKOLAH -SEKOLAH DAERAH DUNGUN

Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menzahirkan pelancaran LINUS2.0 T-CARE peringkat sekolah masing-masing.Tanpa usaha gigih dan komitmen Guru besar serta penyelaras dan guru-guru, program yang dirangka tidak dapat dizahirkan.Terima kasih sekali lagi.















Thursday, July 21, 2016

PELANCARAN DAN GIMIK PROGRAM LINUS2.0 T-CARE PERINGAKAT DAERAH DUNGUN

Pelancaran Program Linus2.0 T-Care telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun En Abdul Mubin b Ismail bertempat di Bilik Saminar Cemerung pada 21 Julai 2016 dengan jayanya, terima kasih tuan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Pegawai Meja Linus JPNT En Zamri b Abd Razak kerana sudi hadir bagi memberi perangsang dan motivasi kepada semua guru besar daerah Dungun serta Penyelaras Linus daerah Dungun. Tanpa komitmen dan kerja kuat semua pihak , Program yang dirangka dan dirancang tidak akan berjaya. Tahniah dan syabas kepada semua pihak.Mohon maaf segala kekurangan.

video

SAMBUTAN RAYA PPD DUNGUN

Alahamdulilah Program Sambutan Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Hari Raya peringkat Pejabat Pendidikan daerah Dungun telah berlangsung dengan meriahnya pada 19 Julai 2016.Majlis bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 2.30 petang.
Unit Linus juga tidak ketinggalan menyambut perayaan.Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Maaf jika ada kekurangan.



TEG LINE LINUS2.0 PPD DUNGUN