Wednesday, January 22, 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN PROGRAM LINUS 2.0

Tarikh : 22 Jan 2014
Masa : 2.30 petang
Tempat : Balai Satria PPD Cawangan

Alhamdulilah majlis telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Hj Bakar bin Jusoh.Majlis dianjurkan bagi  meraikan kejayaan sekolah-sekolah daerah Dungun yang berjaya mencapai 100 % pelajar pedana di sekolah masing-masing.Tahniah dari kami warga fasilinus ucapkan kepada semua sekolah yang terlibat.Bagi sekolah yang tidak berjaya kami fasilinus akan berusaha membantu untuk mencapai 100 % arus perdana bagi tahun 2014.