Sunday, April 29, 2012

Taklimat Pemurnian Data Saringan

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyelaras linus yang memberi kerjasama dalam pemurnian data saringan .Walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan  dalam menyempurnakan tugasan namun kerjasama dan kerja kuat guru-guru telah menyelesaikan tugasan tersebut.Terima kasih cikgu .






Friday, April 20, 2012

Panduan Pengoperasian Linus

Salam sejahtera. kepada guru-guru yang kehilangan buku pengoperasian linus bolehlah dapatkan di ruangan Panduan Pengoperasian Linus. Pastikan tuan puan mempunyai buku panduan tersebut kerana inilah perkara pokok yang akan di tanya oleh Jemaah Nazir apabila berkunjung ke sekolah anda......harap maklum

Saturday, April 14, 2012

PENGISIAN SARINGAN KHAS LINUS (TAHUN 3)

PENGISIAN SARINGAN KHAS LINUS - TAHUN 3

PERHATIAN :

PENGISIAN SARINGAN KHAS LINUS (TAHUN 3)

BERMULA DARI 16 APRIL - 27 APRIL 2012

Proses pengisian data Saringan Khas LINUS dibuat dalam SAPS. Sila klik SAPS. Tarikh pengisian data Saringan Khas LINUS kohort 1 (Tahun 3) bermula pada 16 April 2012 hingga 27 April 2012.


Manual pengisian data Saringan Khas LINUS 1 2012 boleh dimuat turun DI SINI.

Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.

Monday, April 9, 2012

Perubahan tarikh Pemurnian Pengisian Portal NKRA

Salam sejahtera.
Makluman kepada semua penyelaras linus PPD Dungun.

Terdapat perubahan tarikh dalam pengisian portal NKRA.Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pemurnian yang ditetapkan pada 15-16 April2012 telah di pinda pada 18-19 April 2012.tempat dan masa tidak berubah.

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.keterangan lanjut boleh berhubung dengan fasilinus PPD Dungun.

Terima kasih.

PENGISIAN KEPUTUSAN SARINGAN 1, 4 DAN SAINGAN KHAS KE PORTAL NKRA

Kepada Semua Penyelaras LINUS Daerah Dungun,

Tuan / Puan diminta untuk mengemaskini maklumat murid di dalam portal dan sila isikan keputusan saringan 1, 4 dan saringan khas terlebih dahulu sebelum hadir ke PPD pada 15 @ 16 April nanti bagi melicinkan proses pemurnian data saringan tersebut. Terima kasih dan harap maklum.

Daripada : Pegawai FasiLINUS daerah Dungun

Monday, April 2, 2012

SARINGAN KHAS KOHOT 1


Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan saringan khas kohot 1 dengan jayanya dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh LPM.