Tuesday, March 29, 2011

TARIKH PENTING BAGI GURU LINUS

4hb April Hingga 8 April 2011

Saringan 4 ( Tahun 2 )
Saringan 1 ( Tahun 1 )

Penulisan

Tuesday, March 22, 2011

Soalan Saringan penulisan Linus Tahun 1 dan 2

Tuan Guru Besar
Sekolah Daerah Dungun.

Makluman Tentang Soalan Saringan penulisan Linus Tahun 1 dan 2

Adalah dimaklumkan bahawa soalan saringan Linus tahun 1 dan 2 telah siap dicetak.
Tuan boleh mendapatkanya di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun .

2. Saringan Penulisan hendaklah di buat pada tarikh 3 hingga 8 April 2011

3. Markah hendaklah dimasuk kedalam portal NKRA  11 hingga 22 april 2011

Sekian, Terima Kasih

Mohd Din B Jusoh
Pegawai Khas Kurikulum
Pej Pelajaran Daerah Dungun.

Sunday, March 20, 2011

CADANGAN PENTADBIRAN SARINGAN INSTRUMEN MENULIS

LITERASI DAN NUMERASI



PILIHAN
SESI
KONSTRUK DITAKSIR
MASA DICADANGKAN
1
1
1 – 3
30 MINIT
2
4 – 6
30 MINIT
3
7 - 9
30 MINIT
4
10 - 12
30 MINIT
2
1
1 -4
40 MINIT
2
5 - 8
40 MINIT
3
9 - 12
40 MINIT
3
1
1 - 6
60 MINIT
2
7 - 12
60 MINIT

*Nota pilihan masa bergantung kepada kesesuai sekolah dan pelajar.

Friday, March 18, 2011

SUDUT LINUS SEKOLAH

SUDUT LINUS

Sudut LINUS merupakan satu elemen yang dapat membantu warga sekolah dan komuniti memahami pelaksanaan program LINUS di sekolah. Ia merupakan salah satu cara untuk membudayakan LINUS di kalangan guru dan murid. Beberapa taklimat telah disampaikan oleh pihak FasiLINUS kepada guru LINUS, guru pemulihan khas, PK1 dan Guru Besar . Sehubungan dengan itu, semua Sk, dan SJKC  di Daerah Dungun diwajibkan untuk mengadakan satu sudut LINUS di sekolah masing-masing. Pemantauan nanti akan menjurus kepada penyediaan fail dan penyediaan tempat  serta perancangan sudut LINUS di sekolah. 
Kriteria-kriteria yang perlu dirancang untuk sudut LINUS ialah :
  1. Tempat yang strategik
  2. Bahan-bahan yang bersesuaian
  3. Rekod pengunjung / buku pelawat disediakan
  4. Data-data terkini dipaparkan
  5. Analisis setiap daringan dipaparkan
  6. Ceria, bersih dan menarik
  7. Sumber informasi LINUS untuk kemudahan pemantauan dan rujukan
Sudut LINUS ini juga akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bahan-bahan yang dipamerkan adalah yang terkini. Pemantau juga akan mengambil foto setiap sudut LINUS yang dikunjungi untuk tujuan rujukan dan penambahbaikan. 
Justeru, dipohon semua Guru Besar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melaksanakan sudut LINUS ini di sekolah masing-masing.
Sebarang masalah yang timbul bolehlah dibincangkan dengan FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan/puan.

Tuesday, March 15, 2011

KALAULAH MEREKA TAHU.......


Bila sebut perkataan “tahu” saya selalu teringat satu tingkap yang dicipta oleh Joseph Luft dan Harry Igham yang dikenali sebagai “Johari Window” atau dalam Bahasa Malaysia selalu disebut atau ditulis sebagai “Tingkap Jauhari”. Akhir tahun-tahun 1990 an Tingkap Jauhari ini selalu saya gunakan bagi memberi kefahaman kepada peserta-peserta kursus tentang kedudukan diri dan hubungannya dengan manusia lain serta hubungannya dengan Penciptanya terutama dalam kursus anjuran Pusat Pupuk Semangat Terengganu,Biro Tatanegara dan juga sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di sekolah menengah seluruh negeri Terengganu.


Melalui Tingkap Jauhari yang mudah kita dapat menilai,bermuhasabah dan berintrospeksi tentang diri serta mengambil langkah strategik menterapikan diri sendiri supaya menjadi diri lebih baik dari yang sebelumnya. Antara empat tingkap dari Tingkap Jauhari ini saya ingin menyentuh tingkap yang ketiga iaitu “Anda Tak Tahu,Saya Tahu” atau “Tingkap Terlindung” sebagai introspeksi kita bersama.


Sememangnya kitalah yang lebih tahu tentang diri kita daripada orang lain.Kita lebih tahu diri kita terutama apa yang kita boleh lihat,yang kita alami dan yang kita rasai. Orang lain mana tahu kalau kita ada tanda dekat pangkal paha kita.Orang lain mana tahu kalau kita ada pengalaman pahit atau manis masa silam.Orang lain mana tahu kalau kita jatuh hati pada seseorang. Orang lain hanya tahu apabila kita beritahu sama ada secara lisan atau tulisan.,secara sengaja atau tidak sengaja. Orang lain tahu jika kita menunjukkan tingkahlaku “ingin” memberitahu. Apa yang orang lain tahu tidak sama dengan apa yang sebenar-benar kita tahu…tapi..


Percayakah kita kadang-kadang dan sesungguh-sungguhnya , orang lain lebih tahu tentang sesuatu perkara tentang diri kita. Sama ada kita sebenar-benarnya tidak tahu atau kita “terlindung” dalam tingkap ego dan kesombongan kita sendiri. Kita tdak tahu dan akan percaya serta boleh menerimanya dengan wajar jika ada orang mengatakan di belakang kamu ada tanda lahir. Atau ada orang mengatakan punggung kamu begitu besar. Kita mampu menerima pemberitahuan orang kerana kita mampu mengesahkan secara fizkikal bahawa apa yang diperkatakan itu sesuatu yang benar dengan pelbagai cara


Tetapi ada perkara yang orang lain tahu tentang kita yang kita tidak tahu tetapi sukar untuk orang lain beritahu dan payah untuk kita menerimanya. Kadangnya ianya membawa krisis dalam persahabatan.Misalnya jika kita biasa dengan bercakap kasar maka kita anggap perkara itu biasa bagi kita sedangkan mungkin bagi setengah orang ianya perbuatan kurang beradab dan beretika. Ataupun kalau kita seorang guru yang biasa tidak masuk kelas atau tidak buat buku rekod apabila mahu diselia oleh Guru Besar menganggap sebagai sengaja mahu mencari kesalahan walaupun ianya termaktub dalam peraturan kerja.


Begitu juga kalau spesis kaki umpat yang kehidupan umpat-keji menjadi hidangan lazat setiap hari akan menganggap perbuatan itu biasa walaupun sebenarnya ia menyebabkan permusuhan dan persengketaan. Model-model contoh yang saya sebut di atas amat sukar menerima teguran orang lain walaupun ditegur dengan cara yang cukup hikmat kerana mereka terlindung dengan sifat ego dan sombong. Dua sifat ini melindungi mereka dari melihat fitrah dan kelemahan diri. Mereka lupa bahawa spesis yang bernama manusia ini juga banyak kelemahan,perlu ditegur,dibantu dan diberitahu. Tapi kerana kejapnya katupan tingkap “Terlindung” ini mereka berbanggalah dengan hidup bodoh sombongnya. Yang selalu disebut oleh orang kita “gong”,cerdik tak boleh ditumpang,bodoh tak boleh di ajar. Ramai manusia dalam makam dan martabat “tak sedar kediri” dalam lingkungan kita.Mereka merasa mereka hebat berwibawa tapi habuk  pun tarak


Manusia yang terlindung oleh tingkat ego bodoh –sombong ini kalau ditukar mereka akan protes,merayu-rayu,mengutuk-ngutuk dan guna macam-macam “kabel” untuk terus kekal dalam “gok” sedia ada.Kalau boleh biar berkubur di situ. Walaupun perbuatannya menyusahkan ketua dan pegawai atasan,mereka tidak merasakan begitu bahkah terus membina persepsi orang lain tak adil,orang lain zalim dan orang lain dengki padanya. Orang macam ni kalau dia tidak dapat sesuatu walaupun dia tidak layak dapat akan riuh sekampung.Konon dialah yang selayaknya,dialah yang terbaik.


Orang macam ini kalau berkawan akan sentiasa hendak “makan” kawan sahaja. Mereka akan menggunakan kita untuk “lompat pagar” dan “panjat pokok”. Mereka gunakan kita untuk makan “free” atau mendapatkan apa sahaja secara “free”. Orang macam ini kalau tidak mengutuk dan memperlekehkan orang tak lena tidur malam. Tapi apabila orang lain membalas kutukannya mula merah cuping telinga dan berhingus hidung. Orang macam ini kalau diberi jadi ketua,kerja dia hanya nak tunjuk bahawa dia ada kuasa dan memerintah kita lebih dasyat daripada Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu. Kalau dia sakitpun dia buat macam tak sakit biarpun ramai orang susah dan organisasi tidak stabil kerana tidak upayanya.Orang macam ini tidak makan oleh nasihat,tidak terhadzam oleh tunjuk ajar. Dia akan merasa dialah paling baik,paling perfect dan paling betul.


Sayang mereka tidak tahu bagaimana pandangan orang lain pada mereka. Kalaulah mereka tahu bagaimana benci dan meluatnya orang barangkali kalau dia masih ada otak pasti meraung dan taubat nasuha. Dalam pengalaman hidup, kita menemui tragedi-tragedi ini… Kalaulah dia tahu betapa ramai cikgu hendak tukar dan meluat meludah-ludah dan termuntah-muntah bila dengan cerita dia hendak ditukar sebagai Guru Baru sekolah itu. Kalaulah dia tahu semua Guru Besar tidak mahu menerima dia sebagai guru di sekolah itu. Kalaulah dia tahu semua jabatan tidak mahu dia masuk jabatan dan unit mereka. Apalah agaknya.Agak-agak dia buka atau tidak tingkap terlindungnya. Kalau tidak kita kena buat macam cerita P.Ramli iaitu “Tiga Abdul”. Kita lelong kepada umum . Kita tengok siapa yang hendak kepadanya atau dia terus berada di pentas lelongan buat selama-lamanya.


Marilah kita menjadi orang-orang yang sedar dan insaf. Bahawa kita ini manusia lemah dan biarlah sentiasa terbuka serta bersedia menerima kritikan dan teguran agar kita menjadi orang yang lebih baik dari masaa ke semasa.Bersyukurlah dengan apa yang diberi,dengan apa yang dimiliki. Keluarlah dari “lindungan” keegoan dan kesombongan jika berhasrat menjunjung piala kemuliaan insan.

PENEPATAN SEMULA GURU PEMULIHAN LINUS

Seramai 51 orang guru opsyen Pemulihan Khas atau Pengajian Melayu akan terlibat dalam arahan pertukaran pada Mac atau April 2011 ini. Bilangan ini adalah sama dengan kelulusan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perjawatan baru ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang terpilih.

Bagi memastikan urutan punca kuasa dan proses yang jelas, Mesyuarat Penempatan Semula Guru Pemulihan Khas telah diadakan di Holiday Villa, Kuantan bermula pada 7 hingga 8 Mac 2011. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah. Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD terlibat dalam mesyuarat ini.
Dua sektor lain turut terlibat dalam mesyuarat khas ini. Iaitu Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas (SPSK) dan Sektor Pengurusan Akademik (SPA). Encik Yuseri bin Isa dari SPSK telah membentangkan data Guru Pemulihan Khas di semua sekolah. Ini bagi memastikan kedudukan Guru Pemulihan Khas di semua sekolah dipersetujui bersama antara Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas.


Manakala Pegawai LINUS Negeri, Tn. Hj. Ghazali Mohamad, dari SPA telah membentangkan data kedudukan terkini bilangan murid-murid LINUS tegar di semua sekolah mengikut PPD. Keramaian dan peratusan murid yang tergolong dalam kategori LINUS tegar ini menjadi asas bagi pengisian perjawatan Guru Pemulihan LINUS nanti. Bilangan sekolah yang dipersetujui mendapat perjawatan Guru Pemulihan LINUS bagi setiap daerah sebagaimana berikut:-

BILANGAN PERJAWATAN GURU PEMULIHAN LINUS MENGIKUT PPD:

  • PPD BESUT - 10 orang
  • PPD DUNGUN - 6 orang
  • PPD HULU TERENGGANU - 4 orang
  • PPD KEMAMAN - 11 orang
  • PPD KUALA TERENGGANU - 9 orang
  • PPD MARANG - 5 orang
  • PPD SETIU - 6 orang
PPD akan mengeluarkan cadangan nama guru untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti. Surat Arahan Pertukaran kepada 51 orang guru ini akan dikeluarkan oleh Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT.

Laporan oleh:
En.Kamal bin Abdullah
Penolong Pengarah Pengurusan Guru
Unit Pengurusan Sekolah Rendah

Sunday, March 6, 2011

Sasaran KPI LINUS KPM bagi Tahun 2011

MAKLUMAN DARI MEJA NKRA

PERHATIAN :
1.  Data hendaklah diisi mengikut jumlah murid bagi setiap kelas, walaupun semuanya telah berada di aliran perdana (BUKAN HANYA YANG MENGAMBIL SARINGAN). Contoh, sekiranya dalam 1 kelas semuanya telah berada di aliran perdana maka tuliskan jumlah murid di dalam kelas tersebut di kotak aliran perdana. Sekiranya dalam kelas tersebut ada murid linus tegar, linus dan perdana, isikah jumlah murid mengikut isikah jumlah murid mengikut konstruk yang berkaitan. 2. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam tahun tersebut.
3.  Kemasukkan data hanya dari 9 April - 25 April 2011

Friday, March 4, 2011

Aras Keupayaan Literasi

Ehsan PPDU

SEKADAR LONTARAN IDEA

SARINGAN BUKAN UJIAN

SARINGAN IALAH SUATU ALAT PENTAKSIRAN

TUJUAN SARINGAN ADALAH UNTUK MENGESAHKAN  SETAKAT MANA PENGUASAAN MURID TERHADAP 12 KONSTRUK ASAS DALAM LITERASI DAN NUMERASI.

TANGGUNGJAWAB GURU ADALAH MEMBIMBING MURID AGAR MENGUASAI SEMUA KONSTRUK WALAUPUN ARUS PERDANA TIDAK MEWAJIBKAN MURID MENGUASAI 12 KONSTRUK.

PROGRAM LINUS JUGA BERLANDASKAN KURIKULUM MODULAR SEPERTI KSSR.

MURID TIDAK DIDISKRIMINASI KEPADA LINUS TEGAR, LINUS DAN ARUS PERDANA TETAPI
LABEL LINUS TEGAR, LINUS DAN ARUS PERDANA HANYA SEBAGAI PENANDA BAHAWA MURID MASIH BELUM MENGUASAI SATU-SATU KONSTRUK 
MAKA 
GURU HARUS BERUSAHA PELBAGAI KAEDAH UNTUK MEMASTIKAN MURID MENGUASAI 12 KONSTRUK.

INSYAALLAH

Ihsan PPDU