Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Kami FasiLINUS PPD Dungun mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar, Penyelaras LINUS & Guru LINUS di Daerah Dungun di atas kejayaan melengkapkan data LINUS dalam portal NKRA. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai KPI 90% - 100% untuk Saringan 1 dan Saringan 4.

Kepada sekolah-sekolah yang belum mencapai KPI diharap dapat memantapkan perancangan program LINUS di sekolah masing-masing agar KPI dapat dicapai dalam saringan seterusnya pada bulan Jun nanti. Pihak sekolah perlu menyediakan laporan dan pelan tindakan untuk memastikan KPI 100% bagi kohort 1 2010 dicapai. Satu mesyuarat bagi menyelaraskan tindakan akan diadakan dalam tempoh terdekat. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment