Wednesday, April 27, 2011

Fasilinus Kursus LITERASI di Sutra Beach Resort & Spa Setiu


Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi LINUS






Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi LINUS Sekolah-sekolah di bawah 70% Saringan 3 2010 telah diadakan di Sutra Beach Resort dan Spa, Setiu. Seramai 60 orang guru LITERASI dan seramai 60 orang guru pemulihan dan pemulihan LINUS terlibat dengan kursus ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Che Soh KPP Bahasa Melayu JPNT. Semoga guru-guru yang terlibat telah mendapat pengetahuan dan ilmu baru bagi menjayakan 100% arus perdana selepas saringan 6. Insyaallah !!

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU-GURU LINUS TRG 2011




Pada 26 hingga 28 April 2008 Bertempat di Gem Beach Resort. Kuala Terengganu, satu kursus pemantapan Kurikulum dan Pedagogi guru-guru linus Numerasi yang pencapaian bawah 70 % telah diadakan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Aziz b Mohamad KPP Matematik Jabatan Pelajaran Terengganu.Semoga segala perancangan yang diatur dan direncanakan akan tercapai......terima kasih cikgu-cikgu kerana memberi komitmen.

Tuesday, April 26, 2011

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Fasilinus Numerasi

Fasilinus daerah Dungun telah lengkap dengan kehadiran Pegawai Khas Kurikulum yang baru di lantik iaitu En Mohd Helmi b Mohd Zain.Beliau merupakan bekas guru dari SK Sura Dungun.Pengalaman bertugas selama lebih dari 20 tahun diharapkan dengan kehadiran beliau dapat membantu dan membimbing guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam program LINUS.
Kami di PPD Dungun mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas.

Terima Kasih Daun Keladi

Kami FasiLINUS PPD Dungun mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar, Penyelaras LINUS & Guru LINUS di Daerah Dungun di atas kejayaan melengkapkan data LINUS dalam portal NKRA. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai KPI 90% - 100% untuk Saringan 1 dan Saringan 4.

Kepada sekolah-sekolah yang belum mencapai KPI diharap dapat memantapkan perancangan program LINUS di sekolah masing-masing agar KPI dapat dicapai dalam saringan seterusnya pada bulan Jun nanti. Pihak sekolah perlu menyediakan laporan dan pelan tindakan untuk memastikan KPI 100% bagi kohort 1 2010 dicapai. Satu mesyuarat bagi menyelaraskan tindakan akan diadakan dalam tempoh terdekat. Sekian, terima kasih.

Monday, April 11, 2011

PENGISIAN DATA LINUS

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYELARAS LINUS SEKOLAH.......
Terdapat perubahan dalam pengisian data kedalam portal NKRA.
Kami masih meneliti cara kemasukan data kedalam portal...harap bersabar

Monday, April 4, 2011

KEMASUKAN DATA LINUS SARINGAN 1 DAN 4 2011

Tarikh memasukkan data ke Portal NKRA telah ditetapkan pada 11 - 22 April 2011 tetapi untuk Daerah Dungun, Penyelaras LINUS dikehendaki memasukkan data sebelum atau pada 19 April 2011.( Selasa ). Sila layari http://www.moe.gov.my/nkra/

Namun begitu,  mana-mana sekolah yang mempunyai masalah dalam memasukkan data, boleh hadir ke PPD DUNGUN untuk dibimbing oleh FasiLINUS pada:

               Tarikh   :   11 hingga 19 April 2011
               Masa    :    9.00 pagi - 4.00 petang
               Tempat :   Pejabat LINUS PPD Lama.

Sila bawa bersama data Literasi dan Numerasi Saringan 1 & Saringan 4, 2011 untuk dimasukkan ke dalam portal NKRA.

SELAMAT MENJALANI SARINGAN LISAN

Tahniah atas kerjasama dan komitmen guru LINUS dalam menjalani saringan penulisan Saringan 1 dan Saringan 4. Usaha serta pengorbanan cikgu.....kami ucapkan ribuan terima kasih.

AGIHAN MODUL LITERASI DAN NUMERASI 2011

Perhatian kepada semua Penyelaras / Guru LINUS,
Daerah Dungun.

Modul Literasi dan Numerasi Asas 1 dan Asas 2 (Modul Guru dan Modul Murid) boleh diambil bermula hari ini (5 April 2011) di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.  Sila berjumpa dengan En Zulkifli b Baru  untuk urusan pengambilan. Sila berhubung dengan  FasiLINUS jika terdapat sebarang masalah.

Sekian, harap maklum