Monday, February 28, 2011

Carta Aliran Pentadbiran Saringan Linus

SOALAN SARINGAN LINUS TAHUN 1 DAN 2

Adalah dimaklumkan bahawa soalan saringan Linus Tahun 1 dan 2 sesi  2011 telah di hantar melalui e-mail ke sekolah masing-masing.Soalan saringan juga akan dihantar dengan menggunakan CD yang akan diagihkan sedikit masa lagi.Guru-guru perlu memperbanyakkan soalan saringan mengikut jumlah murid linus dan linus tegar bagi tahun 2.
Bagi pelajar tahun 1 semua pelajar terlibat dalam proses saringan.Proses pengurusan saringan tahun satu melibatkan guru kelas dan guru linus sekolah masing-masing.Guru-guru juga boleh muat turun soalan saringan di ruangan muat turun 2.
Harap maklum .Sekian terima kasih.

Tuesday, February 15, 2011

JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN PROGRAM LINUS UNTUK MURID TAHUN 1 & TAHUN 2; 2011


NOTA:

  1. Saringan 1, 2 & 3 adalah untuk murid Tahun 1; 2011 (Kohot 2)
  2. Saringan 4, 5 & 6 adalah untuk murid Tahun 2; 2011 (Kohot1)
  3. Instrumen Saringan akan dihantar oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia ke PPD
  4. Instrumen Saringan  dicetak secara berpusat di PPD dan diedarkan ke sekolah oleh FasiLINUS.

Saturday, February 12, 2011

Minit Curai


Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua.

Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama.

Minit Curai


1. Tajuk :

2. Tarikh :
3. Masa :
4. Tempat :
5. Pengerusi :
6. Wakil Bahagian :

7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui :
7.1.
7.2.
7.3.

8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah :
8.1.
8.2.
8.3.


Di sediakan oleh,


……………………………………………
Contoh minit curai boleh didapati di menu muat turun

Saturday, February 5, 2011

MODUL GURU TAHUN 2 (LITERASI DAN NUMERASI)

Perhatian kepada semua guru linus tahun 2, tuan boleh muat turun modul guru tahun 2 melalui laman muat turun. sekian terima kasih.
Fasi LINUS

Wednesday, February 2, 2011

Permohonan Kad OKU Untuk Murid Berkeperluan Khas

Sertakan :
a.     Borang pendaftaran kanak-kanak kurang upaya (0-18 Tahun)
b.     Surat lampiran dari Guru Besar / Pengetua.
c.     Surat pengesahan murid dari sekolah untuk mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan.

Layari :
-     laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
-     muat turun borang (boleh juga didapati diruang muat turun)
      (BORANG PENDAFTARAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA (0-18 TAHUN) 

Terima Kasih PPD Timur Laut