Sunday, January 30, 2011

Pemantauan,pencerapan serta bimbingan LINUS pada 31/1/11

Terima kasih kepada Pentadbir,Guru Linus sekolah-sekolah yang terlibat dalam program pemantauan Linus 2011. Antara sekolah terlibat ialah SK Pasir Raja,SK Shukur dan SK Jongok Batu. Atas komitmen guru-guru linus kami mengucapkan ribuan terima kasih. Marilah kita jayakan LINUS sifar 2011 bagi Daerah Dungun.

Friday, January 28, 2011

BERSYUKURLAH......KERANA

* untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam,kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain….

* untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran….

* untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan….

* untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan ….

* untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal….

* untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar….

* untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai….

* untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat….

* untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan….

* untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

“Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

SUDUT LINUS

Wednesday, January 26, 2011

Literasi

Definisi Literasi : Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Konstruk 1: Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2: Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.

Konstruk 4: Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup’ng’.

Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.



LITERASI – CELIK HURUF

(BUKAN SUBJEK)

KEMAHIRAN : MEMBACA (Membunyikan simbol)

MENULIS (Memindahkan makna kepada simbol)

Numerasi

Definisi Numerasi : Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah



Konstruk 1 : Keupayaan mengenal pra nombor dan angka

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibat kan mata wang, masa dan ukuran panjang



NUMERASI – CELIK NOMBOR

(BUKAN SUBJEK)

Pengetahuan Dan Kemahiran

Tentang Numeral

Jadual saringan LINUS 2010-2012

LINUS KOHORT 1

SARINGAN 1 — MAC 2010
SARINGAN 2 — JUN 2010
SARINGAN 3 — SEPT 2010
SARINGAN 4 — MAC 2011
SARINGAN 5 — JUN 2011
SARINGAN 6 — SEPT 2011
SARINGAN 7 — MAC 2012
SARINGAN 8 — JUN 2012
SARINGAN 9 — SEPT 2012

LINUS KOHORT 2

SARINGAN 1 — MAC 2011
SARINGAN 2 — JUN 2011
SARINGAN 3 — SEPT 2011
SARINGAN 4 — MAC 2012
SARINGAN 5 — JUN 2012
SARINGAN 6 — SEPT 2012
SARINGAN 7 — MAC 2013
SARINGAN 8 — JUN 2013
SARINGAN 9 — SEPT 2013

LINUS KOHORT 3

SARINGAN 1 — MAC 2012
SARINGAN 2 — JUN 2012
SARINGAN 3 — SEPT 2012
SARINGAN 4 — MAC 2013
SARINGAN 5 — JUN 2013
SARINGAN 6 — SEPT 2013
SARINGAN 7 — MAC 2014
SARINGAN 8 — JUN 2014
SARINGAN 9 — SEPT 2014

Faktor-faktor yang menyumbang masalah disiplin dalam bilik darjah

Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan kenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar,kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku masa depan mereka . Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku? Faktor pertama masalah disiplin ini adalah daripada guru itu sendiri di mana pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai. Sesetengah guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Sebaliknya, jika seseorang guru itu bijak,kreatif dan inovatif ,maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999)

Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin ini. Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.

Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah satu faktornya. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan.

Faktor keempat seterusnya ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar ,menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah disiplin ini. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah ini. Lantaran itu, langkah-langkah berkesan haruslah dikaji dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini. Penting untuk seorang guru itu mangawal disiplin pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang sesuai agar dapat membentuk sahsiah pelajar yang berahklak dan berpekerti mulia.

Kaedah Pengajaran Khas Matematik

1. Pengenalpastian masalah matematik dan tahap kebolehan pelajar

■Pemerhatian : daripada pemerhatian, guru dapat mengenal pasti masalah pembelajaran murid melalui tingkah laku dan penglibatan murid dalam aktiviti P&P Matematik.
■Ujian Kertas dan Pensel :
1.Ujian saringan – untuk mengesan murid pemulihan.
2.Ujian diagnostik untuk mengenal pasti punca masalah / mengesan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar.
3.Ujian formatif – untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar.
4.Ujian sumatif – untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid selepas sesuatu unit atau tajuk pengajaran telah dilakukan.
5.Latihan harian.
6.Soal jawab
7.Pentaksiran rekod prestasi
8.Rekod profil dan kesihatan
2. Pengaplikasian teknik khas dalam pengajaran matematik

i. Teknik penyoalan

■Lisan.
■Bahasa yang digunakan mestilah boleh difahami
■Soalan mesti tepat dan cepat, mendorong pelajar berfikir.
■Soalan hendaklah bertumpu dan bercapah.
■Soal mengikut aras murid dalam kemahiran yang sama.
ii. Teknik permainan – kooperatif, berkumpulan, berpasangan, individu,

■Antara perkara yang perlu diambil kira dalam teknik ini ialah permainan tersebut dapat menguatkan kemahiran menyusun nombor, menguatkan kemahiran operasi nombor, menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak
iii. Teknik tunjuk cara

iv. Teknik latih tubi (pengulangan fakta)

■Lisan – congak
■Bertulis – lembaran kerja
■Membolehkan pelajar mendengar dan melihat serta membantu merangsang minda pelajar berfikir untuk memproses fakta dan menjawab soalan.


v. Teknik main peranan

vi. Teknik bercerita

vii. Teknik inkuiri penemuan

viii. Teknik kuiz

Ciri-ciri pelajar yang menghadapi masalah dalam Matematik

Ada empat aspek :


a. Fizikal

b. Kesihatan

c. Mental / Kecerdasan

d. Emosi dan Sosial

1. Fizikal

■Lemah pengamatan pendengaran dan penglihatan
■Lambat koordinasi motor-mata-tangan
2. Kesihatan

■Tidak hadir ke sekolah
■Selalu mengantuk
■Selalu keletihan
■Kerap diserang penyakit terutama sakit perut dan selsema
■Tidur lewat.
3. Mental / Kecerdasan

■Tidak boleh menyebut perkataan atau nombor dengan betul
■Kadar menyebut, membaca atau menjawab nombor lambat atau langsung tidak boleh
■Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat
■Tidak boleh mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas biasa
■Lambat menguasai kemahiran
■Lambat dalam mengubah suai pengetahuan mengikut berbagai situasi pelajaran ( penyelesaian masalah )
■Lambat memahami atau membentuk sesuatu konsep
■Selalu lupa kemahiran yang diajar
■Gagal dalam peperiksaan atau ujian
4. Emosi dan Sosial

■Sering berasa takut cemas dan benci
■Konsep kendiri yang lemah
■Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan / stress
■Cepat marah
■Suka bergaduh
■Kerap berbohong
■Bertindak liar untuk menarik perhatian
■Membela diri secara tidak menentu
■Menunjukkan perasaan dengki
■Suka termenung / berkhayal / murung
■Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran
■Malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk membuat latihan matematik
■Suka meniru rakan.

Pengenalan

Blog ini dibina dengan tujuan utama untuk berkongsi pandangan dengan guru-guru LINUS di negeri Terengganu. Seandainya terdapat kekurangan dan kelemahan kami dengan rasa rendah hati memohon ampun dan maaf. Semoga blog ini memberikan manfaat kepada guru-guru LINUS sekalian. Terima kasih.

Jangan pinggirkan kanak-kanak disleksia

KOTA BHARU 26 April - Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3 di sini antara beberapa buah sekolah di negeri ini yang menyediakan kelas pemulihan bagi murid-murid sindrom disleksia.
Ia beroperasi sejak awal tahun ini dan buat permulaan membimbing empat orang murid yang bermasalah dalam pembelajaran termasuk dua daripadanya disahkan disleksia agar mereka tidak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.
Seorang guru, Wan Noor Han Fandi Wan Yusuf berkata, kanak-kanak itu telah disahkan disleksia dan mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU).
Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
Bagi kanak-kanak yang bersekolah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pula mereka menerima RM150 sebulan daripada JKM.
Katanya, pihak sekolah menyediakan kelas khas untuk membimbing terutama membetulkan kekeliruan antaranya, mengenal huruf dan angka.
''Walaupun baru tiga bulan, terdapat perubahan terhadap sikap dan tingkah laku, misalnya kini mereka lebih berdikari dan berani untuk menjawab soalan guru jika dibandingkan sebelumnya. Misalnya dua orang pelajar yang mengikuti kelas pemulihan di sini berada dalam darjah enam (13 tahun) dan darjah 1 (10 tahun).
''Murid terbabit akan turun ke kelas pemulihan dalam tempoh waktu tertentu daripada kelas biasa untuk mengikuti kelas tersebut yang turut dibantu oleh dua pembantu tenaga pengajar kerana mereka memerlukan sokongan dan pemantauan yang lebih berbanding murid biasa," katanya.
Wan Noor Han Fandi yang berpengalaman sebagai guru pendidikan khas selama lima tahun di SK Seri Wangi, Gua Musang berkata, kanak-kanak terbabit mempunyai masa hadapan yang lebih cerah kerana ibu bapa berusaha menghantar mereka ke sekolah berbanding rakan senasib yang dari segi pendidikan diabaikan oleh keluarga.
''Ibu bapa disaran lebih peka dengan perkembangan anak-anak kerana masalah pembelajaran boleh dikenal pasti ketika di peringkat sekolah rendah lagi supaya mereka dapat mengenal pasti masalah anak masing -masing.
''Bekerjasama dengan pihak sekolah amat digalakkan kerana bagi sesetengah sekolah yang tidak menyediakan kelas pemulihan, murid-murid akan belajar di kelas biasa. Sekiranya guru kelas tidak sensitif dengan kekurangan murid, mereka akan ketinggalan.
''Sebaliknya, jika kedua-dua belah pihak saling bertolak-ansur, murid berkenaan mungkin hanya perlu menjawab lima daripada 10 soalan melalui kerja rumah yang diberikan dan ia mengelak daripada rasa tertekan dan kebosanan," katanya.
Tambahnya, selain SK Kubang Kerian 3, SK Kuala Krai, SK Tanah Merah dan SK Kamel, Pasir Puteh antara sekolah-sekolah rendah di negeri ini yang menyediakan kelas pemulihan disleksia di Kelantan di bawah seliaan JPN.
''Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke PDK," katanya.
Menyentuh mengenai ada sesetengah ibu bapa yang enggan mendedahkan anak-anak dengan pendidikan secara normal kerana malu mempunyai anak disleksia, guru tersebut berkata, ia sepatutnya tidak berlaku.
''Ibu bapa tidak perlu malu kerana anak-anak memerlukan bimbingan dengan betul untuk mendidik mereka berdikari. Mungkin semasa kecil ibu bapa boleh menjaga dan mengawasi mereka tetapi apabila mereka meninggal dunia, apakah ada jaminan daripada ahli keluarga yang lain untuk memeliharanya.
''Kita pernah membaca contoh-contoh di negara luar, bagaimana anak-anak OKU semasa kecil boleh hidup berdikari dan menguruskan diri sendiri apabila dewasa kesan daripada usaha ibu bapa yang menghantar mereka ke sekolah pendidikan khas dan tidak bergantung sepenuhnya kepada individu normal," ujarnya,
Wan Noor Han Fandi juga menyarankan, ibu bapa berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut jika mendapati anak-anak bermasalah kerana mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak lain jika diberi bimbingan dengan betul dan berterusan," jelasnya.

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan.
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah. RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL...

Soalan dan Jawapan mengenai LINUS

Q & A LINUS

1. Bilakah murid Pemulihan LINUS / LINUS Tegar, perlu di hantar ke Guru Pemulihan ?  
  Selepas Saringan 2 

2. Bilakah murid Pemulihan LINUS / LINUS Tegar, perlu dihantar untuk Pemeriksaan Perubatan ?
 Selepas Saringan 3

3. Apakah KPI bagi sekolah yang peratusan ketidakhadiran murid adalah tinggi ?
KPI sekolah berkenaan adalah peratusan kehadiran murid, so sekolah perlu mendokumentasikan segala perancangan / tindakan yang diambil bagi menyelesaikan masalah ketidadhadiran murid tersebut

4. Apakah kaedah penulisan RPH bagi kelas yang mempunyai murid LINUS dan Arus  Perdana?                                                                               
Walaupun tajuk dan objektif sama (jika sama), strategi mesti berbeza,dan refleksi mesti berbeza (ada dua refleksi, satu untuk murid LINUS dan satu murid Arus Perdana)                                                                                               
5. Apakah modul-modul yang dibekalkan ke sekolah ?                                               
Modul P&P Guru, Modul Murid, Modul Pedagogi


6. Adakah Guru Pemulihan mempunyai kuota murid, 1:15 katakan ?                             
Pekeliling yang mengatakan bahawa kuota Guru Pemulihan 1:15, adalah cadangan daripada KPM, bermaksud Guru Besar mempunyai autoriti dalam memberikan arahan yang terkini .

Lupa atau masalah pengamatan

Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Tidak kira di mana pun anda berada, terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.
Pada suatu pagi, saya meminta seorang murid untuk mengambil barang saya yang tertinggal di atas meja dalam bilik guru.
Penulis   : Akmal. Mari ke sini sekejap. Awak tau meja cikgu tak?
Akmal     : Tau.
Penulis   : Okey, tolong ambilkan ‘marker pen’ warna biru atas meja cikgu.
Murid     : Sekarang ke, cikgu?
Penulis   : Ya.
Murid ini tadi keluar dan menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, dia kembali semula.
Penulis     : Mana barangnya?
Akmal      : He.he.. Lupalah. Cikgu suruh ambik ape tadi?
Penulis   : Cikgu suruh kamu ambil ‘marker pen’ warna biru macam ni (menunjukkan contoh) atas meja cikgu kat bilik guru.
Murid B   : Biar saya pergi, cikgu!
Jerit ketua kelas dari belakang.
Sekali lagi saya tunjukkan contoh ‘merker pen’ warna biru kepada murid berkenaan dan memintanya mengambil segera. Beberapa ketika kemudian, murid ini kembali semula.
Akmal     : Tak ada pun?
Penulis   : Atas meja cikgu la. Awak dah cari betul-betul?
Akmal     : Dah cari. Memang tak ada. Buku banyak la atas meja.
Penulis   : Awak cari atas meja siapa?
Akmal     : Atas meja cikgulah.
Penulis    : Ada gambar cikgu tak atas meja tu?
Akmal     : Ada. Tapi bukan gambar cikgu. Gambar Cikgu Faiz.
Penulis   : Akmal, meja yang awak pergi tadi tu bukan meja cikgu. Itu meja cikgu Faiz. Atas meja cikgu mestilah ada gambar muka cikgu ni. Tak apalah. Cikgu suruh orang lain pergi ambil.
Akmal     :  Saya tau, cikgu. Biarlah saya ambil.
Penulis   : Okey. Pastikan awak tak silap meja tau. Pergi ambil sekarang.
Akmal    : Ambil ‘marker pen’ je kan, cikgu?
Penulis   : Ya. Warna biru macam ni tau. (sekali lagi saya tunjukkan contoh)
Murid tadi meluru keluar berlari menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, murid ini kembali semula ke kelas dengan sebatang ‘marker pen’ yang saya minta diambilnya.
Akmal   : Nah!.
Penulis  : Akmal, ini ‘marker pen’ warna hitam. Cikgu suruh ambil warna biru.
Akmal   : Yeke, cikgu? Tadi saya ambil warna biru la. Macam mana sampai kat sini jadi warna hitam? (sambil menggaru kepala yang tak gatal)
Penulis  : Hmm.Tak apalah. Terima kasih. Awak sambung siapkan latihan tadi.
Murid tadi berlalu. Saya memandangnya dan kemudiannya menggeleng kepala dan tersenyum.
Sekian,

Sunday, January 9, 2011

Selamat menjengah ke blog Linusppddungun

Salam sejahtera, selamat datang ke blog Linus. kami masih dalam proses pembikinan.terima kasih.