Monday, October 31, 2011

PERUBAHAN TARIKH KEMASUKAN DATA KE PORTAL

PENGISIAN LINUS - SARINGAN 3 DAN 6
PERHATIAN :



SARINGAN 6 (KOHORT 1) DAN SARINGAN 3 (KOHORT 2)

PENGISIAN DATA DARI 07 NOV - 18 NOV 2011


Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.

HARAP MAKLUM

Daripada
FASILINUS PPD DUNGUN

Tuesday, October 11, 2011

Kem LINUS MaYang PPD Dungun






Terima kasih yang tidak terhingga PPD Dungun (unit LINUS ) atas kehadiran En Zamri Abd Razak, Pen Pengarah Matematik, JPNT, kerana sudi merasmikan majlis penutup. En Azhan Abd Rahim Pen PPD Sains &Matematik, semua fasilinus, Fasilitator serta De Teratai Resort atas kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan Kem LINUS MaYang 2011

Wednesday, October 5, 2011

Wednesday, September 28, 2011

Mesyuarat dan Bengkel pembinaan instrumen Kem Linus 2011

Terima kasih kepada semua guru pemulihan bagi sekolah terpilih kerana menjayakan mesyuarat dan bengkel penyediaan instrumen Kem Linus pada 28 Septemper 2011. Kem Linus dijangka akan diadakan pada 9 hingga 11 Okt 2011. Atas usaha dan kerjasama dari tuan kami Fasilinus PPD Dungun mengucapkan ribuan terima kasih.







Tuesday, September 13, 2011

Selamat Datang dan Selamat Bertugas

Selamat datang dan selamat bertugas kepada En Azhan b Abd Rahim Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun Sains dan Matematik merangkap Pegawai Meja Linus.Diharapkan semoga kehadiran tuan dapat meningkatkan pencapaian pelajar ke arus perdana.Terima kasih tuan.

Saturday, September 10, 2011

MESYUARAT POST MORTEN SARINGAN 2 DAN 5

Salam......

Sukacita di maklumkan bahawa PPD Dungun akan mengadakan mesyuarat pada ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Sept 2011 ( Isnin )
Masa : 2.30 Petang
Tempat : PPD Cawangan ( Bilik Satria)

Penyelaras linus sekolah diminta hadir

Keperihatinan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih


Fasilinus.

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Pemantauan dan Bimbingan LINUS

Salam sejahtera,

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Penyelaras LINUS dan guru-guru LINUS SK Delong, Dungun di atas kerjsama yang telah diberikan semasa proses pemantauan dan bimbingan yang dijalankan di sekolah tuan pada 24/8/2011. Semoga berkat kesungguhan dan keikhlasan pihak sekolah dan guru-guru akan dapat menghasilkan " LINUS Sifar "

Sekian, terima kasih.....

" Pembangunan Pendidikan Dungun 'Depan "

FasiLINUS Daerah Dungun..

Monday, August 22, 2011

Taja Linus






Taja Linus ( tanya dan jawab linus ) merupakan satu sesi fasilinus bersama pelajar untuk menentukan keesahan status pelajar. dan alhamdulillah proses berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru SJKC Chee Mong atas kerjasama cikgu-cikgu.

Sunday, August 21, 2011

Pemantauan,bimbingan dan pencerapan SK Felda Seri Rasau

Jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Penolong Kanan, penyelaras Linus dan guru-guru linus SK Felda Seri Rasau atas sambutan dan meluangkan masa bagi membincangkan pemasalahan linus sekolah tuan-tuan. Kerjasama dan komitmen tuan-tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.








Sunday, August 14, 2011

CETAKAN MAKLUMAT SARINGAN

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kepada semua penyelaras LINUS daerah Dungun, sila cetak maklumat saringan 5 dan 2 yang telah dimasukkan ke dalam Portal bersama dengan rumusan dan dihantar satu salinan ke PPD ( u.p : Pegawai Khas Kurikulum - FasiLINUS ) seberapa segera. Kerjasama sangat diperlukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

Pembangunan Pendidikan Dungun 'Depan


Wednesday, August 10, 2011

PORTAL NKRA

Alahamdulilah Daerah Dungun telah selamat dan selesai dalam proses pengisian porta NKRA bagi saringan 2 dan 5, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Guru Besar,Penyelaras linus dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.Maaf dipinta kepada semua pihak yang terpaksa kami menelefon bagi memastikan pengisian berjalan lancar .Terima kasih cikgu atas segala kerjasama yang diberikan.

Wednesday, August 3, 2011

PENGISIAN PORTAL NKRA

Adalah dimaklumkan bahawa portal nkra sudah boleh diakses.Diharapkan semua sekolah dapat mengisi portal NKRA dengan maklumat yang tepat dan sahih dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. 1 hingga 12 Ogos 2011.Pihak kami akan sentiasa memantau perkembangan pengisian. Sebarang masalah berkaitan pengisian portal sila berhubung terus dengan fasilinus dengan kadar segera. sekian terima kasih.
Fasilinus Daerah Dungun.

Sunday, July 31, 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN

PENGISIAN LINUS - SARINGAN 2 DAN 5

PERHATIAN :

SARINGAN 5 (KOHORT 1) DAN SARINGAN 2 (KOHORT 2)

LISAN ; 19 JUN - 22 JULAI 2011

BERTULIS ; 24 JULAI - 29 JULAI 2011

DATA 01 OGOS - 12 OGOS 2011

1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.

2. Kemasukkan data hanya dari 01 OGOS - 12 OGOS 2011

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia, sama-sama kita jalaninya.
Ikhlas dari Fasilinus daerah Dungun.
Mohd Din,Mohd Azman,Mohd Hilmi dan Wan Ridwan

Sunday, July 24, 2011

DARI LENSA KAMERA TAKLIMAT PENGISIAN SOAL SELIDIK LINUS 2011








Alahamdulilah taklimat Pengisian status kajian pelaksanaan Program Linus telah selamat dijalankan pada 24 Julai 2011. Terima kasih pada guru-guru linus kerana kesudian untuk hadir pada sesi taklimat.Terima kasih cikgu.

Saturday, July 23, 2011

Pembatalan Taklimat Khas Guru Pemulihan LINUS 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Taklimat Khas Guru-Guru Pemulihan Khas yang dijadualkan pada 25 Julai 2011 jam 2.30 petang, di Pejabat LINUS PPD Dungun dibatalkan disebabkan bertembung dengan Kursus Kementerian. Harap Maklum.terima kasih.

Friday, July 22, 2011

Mesy Guru-Guru Pemulihan Khas LINUS 2011

Makluman kepada semua guru pemulihan khas linus, satu majlis mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Julai 2011 ( Isnin )
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Pejabat Linus PPD Cawangan

Sekian harap maklum, surat telah diedarkan.Terima kasih

TAKLIMAT PENGISIAN SOAL SELIDIK LINUS 2011

Satu sessi taklimat pengisian soal selidik linus akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Julai 2011 ( Ahad )
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Cawangan

Di jemput dua org guru Literasi dan Numerasi kepada sekolah-sekolah yang terpilih sahaja.
Sekian harap maklum.

Thursday, July 14, 2011

Bahan Contoh Program SK Paka


Tahniah kepada GB SK Paka dan Penyelaras atas usaha sungguh-sungguh dalam melaksanakan Program Linus